Set Tungku & Sarung Herba
RM85.00
Set Tungku & Sarung Herba
Price RM85.00
Product SKU TBSH
Brand Set Bersalin Danita
Availability In Stock
Lokasi
Quantity
Description

Tungku Besi dan Sarung Herba 

Tungku bukan sebarang tungku. Tungku Besi dan Sarung Tungku Herba dalam Set Bersalin Danita ni memang 'special'.

  • Tungku diperbuat daripada besi tulen, berat kira-kira 2kg, dengan ‘design’ yang mudah dipegang
  • Sarung Tungku Herba dibuat dari kain belacu yang telah dimasukkan daun-daun kayu herba terpilih dan dijahit kemas
  • Dengan Tungku Besi dan Sarung Tungku Herba ni, ibu-ibu boleh bertungku ‘anytime’ dengan mudah, lebih cepat, selesa dan senang hati.
  • Lagi BEST, Tungku Besi ni panasnya memang TAHAN LAMA, LEBIH 1 JAM! Bolehlah anda bertungku sepuasnya!

Langkah demi langkah bertungku menggunakan Tungku Besi dan sarung Tungku Herba

► Pastikan api TIDAK terlalu besar dan tungku TIDAK terlalu panas.. balut tungku dengan kain terlebih dahulu atau masukkan daun2 yg lembut urat seperti daun pandan, daun mengkudu, daun bunga kantan atau yg sesuai kedalam sarung herba untuk membantu melambatkan  sarung dari terbakar.kemudian baru dimasukkan ke dalam SARUNG HERBA(pastikan betul2 tebal dan boleh menampung kepanasan tungku besi)

► Tungku yg TERLALU PANAS boleh menyebabkan SARUNG HERBA TERBAKAR..

► JANGAN BASUH sarung herba

► simpan semula sarung herba di dalam bekas tertutup/plastik jika sudah benar2 sejuk utk tahan lama

►Cuba dengan tapak tangan sebelum meletak ke badan anda. Jika masih lambat utk merasa bahang kepanasan, boleh dipijak atau duduk utk mengeluarkan kepanasan haba.

►mulakan bertungku dengan meletakkannya di bahagian hulu hati.tekan perlahan-lahan sehingga boleh menggelamkan sedikit tungku tersebut. ini akan membantu melembutkan bahagian hulu hati.bahagian  tersebut kerap mengeras akibat gumpalan angin yangberpunca daripada penyekatan lendir. salah satu tanda pemacahan angin lendir ialah bunyi seperti derai kocakan air dan seterusnya memudahkan rawatan bertungku.

►dari hulu hati tungku diletakkan ke sekeliling perut dan melakukan 'cungkilan'di bahagian CAWAN PEHA berhampiran kiri serta kanan bahagian ari-ari.

►letakkan tungku di atas TUNDUN buat seketika sebelum melakukan cungkilan di bahagian ari-ari secara lembut dan perlahan-lahan seperti 'mencuit' kedudukan rahim

► lakukan rawatan bertungku ini berulang kali selama setengah jam dan teruskan ke bahagian paha,celahan paha ,lutut ,bahagian kaki, serta tapak kaki.

►tamatkan brtungku dengan meletakkannya di bawah pembukaan faraj dalam posisi duduk atau kepit tungku besi di celahan paha berhampiran tundun. kemudian bidan menyudahi rawatan ini dengan urutan di bahagian bahu dan kepala ibu.

►selepas sebulan menjalani rawatan,apabila tungku besi boleh tenggelam atau dibenamkan ke bahagian -bahagian yang ditungku iaitu hulu hati ,perut ,ari-ari serta peranakan ,ibu bersalin akan berasa berat tungku besi itu sampai ke tulang belakang . ini menandakan rahim sudah mengecut dan balik ke rumahnya dengan sempurna ,dan ibu akan trasa seluruh tubuh kemas rapi dan sihat.

**Bagi yang bersalin secara Ceserean boleh bertungku di semua tempat kecuali bahagian pembedahan sahaja**

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews