Set Bersalin danita
RM280.00
Set DIAMOND
Price RM280.00
Product SKU SBDDIA
Brand Set Bersalin Danita
Availability In Stock
Lokasi / SizeBengkung
Quantity
Description

 

Mengandungi :-
 

  1. Tungku besi + sarung berherba
  2. Bengkung Berzip Danita
  3. Minyak serai wangi
  4. Boreh Panas
  5. Bunjut Mnadian herba ( 3 bunjut)

Mari Kita Lihat Apa Komponen-Komponen Dalam Set Bersalin Danita

Minyak Serai Wangi 

Serai wangi memang popular dalam perubatan tradisional Melayu. Antara ciri-ciri dan kelebihan Minyak Serai Wangi adalah:

  • Berbau harum macam minyak aromaterapi, melegakan dan selesa!
  • Tak panas, jadi memang sesuai digunakan sebagai minyak urut
  • Juga boleh legakan perut kembung, senggugut, merawat gigitan binatang berbisa dan lain – lain

Tungku Besi bersama Sarung Tungku Herba 

Tungku bukan sebarang tungku. Tungku Besi dan Sarung Tungku Herba dalam Set Bersalin Danita ni memang 'special'.

  • Tungku diperbuat daripada besi tulen, berat kira-kira 2kg, dengan ‘design’ yang mudah dipegang
  • Sarung Tungku Herba dibuat dari kain belacu yang telah dimasukkan daun-daun kayu herba terpilih dan dijahit kemas
  • Dengan Tungku Besi dan Sarung Tungku Herba ni, ibu-ibu boleh bertungku ‘anytime’ dengan mudah, lebih cepat, selesa dan senang hati.
  • Lagi BEST, Tungku Besi ni panasnya memang TAHAN LAMA, LEBIH 1 JAM! Bolehlah anda bertungku sepuasnya!

Langkah demi langkah bertungku menggunakan Tungku Besi dan sarung Tungku Herba

- Pastikan api TIDAK terlalu besar dan tungku TIDAK terlalu panas.. balut tungku dengan kain terlebih dahulu atau masukkan daun2 yg lembut urat seperti daun pandan, daun mengkudu, daun bunga kantan atau yg sesuai kedalam sarung herba untuk membantu melambatkan  sarung dari terbakar.kemudian baru dimasukkan ke dalam SARUNG HERBA(pastikan betul2 tebal dan boleh menampung kepanasan tungku besi)

- Tungku yg TERLALU PANAS boleh menyebabkan SARUNG HERBA TERBAKAR..

- JANGAN BASUH sarung herba

- simpan semula sarung herba di dalam bekas tertutup/plastik jika sudah benar2 sejuk utk tahan lama

- Cuba dengan tapak tangan sebelum meletak ke badan anda. Jika masih lambat utk merasa bahang kepanasan, boleh dipijak atau duduk utk mengeluarkan kepanasan haba.

- mulakan bertungku dengan meletakkannya di bahagian hulu hati.tekan perlahan-lahan sehingga boleh menggelamkan sedikit tungku tersebut. ini akan membantu melembutkan bahagian hulu hati.bahagian  tersebut kerap mengeras akibat gumpalan angin yangberpunca daripada penyekatan lendir. salah satu tanda pemacahan angin lendir ialah bunyi seperti derai kocakan air dan seterusnya memudahkan rawatan bertungku.

- dari hulu hati tungku diletakkan ke sekeliling perut dan melakukan 'cungkilan'di bahagian CAWAN PEHA berhampiran kiri serta kanan bahagian ari-ari.

- letakkan tungku di atas TUNDUN buat seketika sebelum melakukan cungkilan di bahagian ari-ari secara lembut dan perlahan-lahan seperti 'mencuit' kedudukan rahim

-  lakukan rawatan bertungku ini berulang kali selama setengah jam dan teruskan ke bahagian paha,celahan paha ,lutut ,bahagian kaki, serta tapak kaki.

- tamatkan brtungku dengan meletakkannya di bawah pembukaan faraj dalam posisi duduk atau kepit tungku besi di celahan paha berhampiran tundun. kemudian bidan menyudahi rawatan ini dengan urutan di bahagian bahu dan kepala ibu.

- selepas sebulan menjalani rawatan,apabila tungku besi boleh tenggelam atau dibenamkan ke bahagian -bahagian yang ditungku iaitu hulu hati ,perut ,ari-ari serta peranakan ,ibu bersalin akan berasa berat tungku besi itu sampai ke tulang belakang . ini menandakan rahim sudah mengecut dan balik ke rumahnya dengan sempurna ,dan ibu akan trasa seluruh tubuh kemas rapi dan sihat.

**Bagi yang bersalin secara Ceserean boleh bertungku di semua tempat kecuali bahagian pembedahan sahaja**

 

Mandian Herba Aura 

Mandian Herba Aura ni satu lagi ‘signature product’ Set Bersalin Danita.
1 set mengandungi 3 bunjut

? menyegarkan kembali badan terutama kepada ibu selepas bersalin
? mengatasi masalah kebas-kebas dengan melancarkan peredaran darah, membuang angin, melembutkan urat saraf
? mengurangkan sengal tulang, sendi dan otot akibat proses meneran semasa kelahiran bayi

KANDUNGAN:
Daun herba terpilih seperti Daun Capa, Daun Meringan, Daun Serai Wangi, Daun Inai, Daun Pandan, Daun Lamuni, Daun Pisang Kelat

CARA PENGGUNAAN:
1. Ambil 1 bunjut mandian herba.
2. Masukkan ke dalam periuk dan rebus bersama 2 liter air sehingga mendidih.
3. Masukkan air yg mendidih tadi ke dalam baldi.
4. Campurkan dengan air biasa mengikut tahap kepanasan yang bersesuaian.
5. Bunjut mandian tadi boleh digunakan untuk direbus semula sehingga hilang warna dan bau.

? Anggaran 1 bunjut = 4-5 kali rebusan ataupun selagi ada bau herba boleh guna lagi(mandian)

 

 

Bengkung Tradisional (Zig Zag Berzip) 

Bengkung Zig Zag Berzip direka khas untuk para ibu yang baru jer bersalin. Materialnya kain kasa belacu yang tebal dan lembut, dilapik dengan kain cotton maroon dibahagian depan supaya ibu lebih selesa memakainya. Warna coklat yang gelap mengelakkan bengkung cepat kelihatan kotor apabila terkena herba yang disapu pada perut sebelum berbengkung. Bengkung ini direka untuk menutup seluruh kawasan perut meliputi bawah payu dara hingga mencecah paras bawah pinggul. Penambahan zip pada bengkung memudahkan ibu- ibu untuk ke tandas dengan hanya dengan membuka zip.

Kelebihan Bengkung Zig Zag Berzip:

  • Mudah dan selesa dipakai
  • Mengikut saiz tubuh anda
  • Diperbuat daripada kain yang tebal dan tahan lama
  • Mudah dibersihkan
  • Mudah untuk ke tandas hanya buka zip ditepi

Saiz Bengkung (pinggang)

* Ambil ukuran semasa tidak mengandung

Size S - 25 hingga 28 inci 

Free size  29 - 40 inci (muat M-XL)

XXL  41- 45 inci

Labuh bengkung 20 inci

 

Boreh Panas 

Boreh Panas boleh digunakan sebagai param, pilis, atau lulur.

Cara menggunakan  pilis atau param, cuma campurkan Boreh Panas dengan sedikit air. Ibu boleh sapukan pada dahi (pilis) untuk menghilangkan pening kepala atau rasa nak pitam, juga pada badan (param) untuk megelakkan angin masuk ke dalam tubuh.

Pemakai pilis/param akan merasa nyaman dan berangin, jadi jika ibu rasa mengantuk dan letih dapat dielakkan. Boleh la FOKUS jaga baby kan!

untuk lulur, lagi best campurkan dengan susu.

Multifunction! Boleh juga digunakan diperut ketika berbengkung, hanya campurkan dengan perahan limau nipis dan kapur

Berbaloikah Pelaburan Ini ???

Anda tak perlu lagi bersusah-payah bertanya orang, tercari-cari bidan kampung atau ke sana-sini mencari herba-herba dan akar kayu untuk kegunaan BERPANTANG.

Dah la susah nak jumpa, dah jumpa, leceh pulak nak disediakan. Sanggup ker?

Usah risau! Jimatkan masa dan wang ringgit anda dengan Set Bersalin Danita. Buat pilihan yang tepat macam ratusan ibu-ibu lain yang dah pernah gunakannya dan mengalami proses berpantang yang paling AWESOME!

 

 

                                      

 

 

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews