EPISIOTOMI : 10 Tips Penjagaan Mudah
EPISIOTOMI : 10 Tips Penjagaan Mudah

Episiotomi biasa dilakukan untuk ibu yang bersalin buat pertama kali secara normal. Episiotomi ini ialah dimana faraj ibu digunting sedikit oleh doktor bagi mengelakkan koyakan yang tidak terkawal semasa proses meneran serta memudahkan bayi keluar.

Ibu-ibu perlu menjaga dengan rapi luka episiotomi ini untuk menpercepatkan proses penyembuhan dan mengelakkan daripada terkena jangkitan kuman. Ibu juga perlu memastikan jahitan luka ini tidak terbuka semula.

Kak Danita kongsikan 10 tips penjagaan selepas episiotomi yang boleh ibu-ibu berpantang jadikan panduan.

1. Bergerak

Lakukan pergerakan yang ringan seperti berjalan dengan perlahan-lahan untuk menggalakkan aliran darah. > Elakkan duduk mencangkung kerana ia memberi tekanan kepada bahagian jahitan yang boleh menyebabkan jahitan terbuka dan melambatkan proses penyembuhan

2. Makan makanan berprotein

Ibu boleh ambil makanan berprotein tinggi seperti ikan bagi membantu badan membina sel-sel baru. > Pengambilan vitamin C juga mempercepatkan penyembuhan luka.

3. Kerap tukar pad

Ibu perlu tukar pad dengan kerap, setiap 4 jam atau setiap kali ke tandas untuk mengelakkan jangkitan kuman pada bahagian luka.

4. Elakkan sembelit

Sembelit perlu dielakkan kerana boleh menyebabkan tekanan dan tegangan pada bahagian jahitan. > Ibu perlu banyakkan mengambil makanan tinggi fiber atau serat untuk mengelakkan sembelit dan sakit apabila meneran.

Ibu juga perlu minum air secukupnya bagi melancarkan pergerakan usus.

5. Tekan lembut pada bahagian episiotomi

Jika ibu ingin membuang air besar, pastikan tekan dengan lembut di bahagian jahitan bagi mengurangan ketegangan. > Ia juga mengurangkan rasa sakit dan ibu tidak perlu meneran bagi mengelakkan jahitan terbuka

6. Letakkan pad ais

Ibu boleh meletakkan pad ais pada bahagian jahitan bagi mengurangkan rasa sakit. > Ais akan membuatkan rasa kebas di bahagian luka dan mengurangkan bengkak.

7. Rendam air garam

Ibu boleh membuat air garam suam di dalam besen dan merendam punggung di dalamnya untuk beberapa minit. > Ibu boleh juga mengguna larutan antiseptik yang dibeli di farmasi atau dibekalkan oleh doktor untuk membersihkan luka jahitan.

8. Pastikan luka kering

Ibu mestilah mengeringkan kawasan jahitan setiap kali selepas membersihkan darah nifas atau membuang air. > Lap dengan tuala sehingga kering sepenuhnya. > Ibu boleh juga menggunakan pengering rambut untuk mengeringkan jahitan

9. Amalkan senaman kemut

Ibu boleh lakukan senaman kemut atau lantai pelvik (Kegel) 10 kali setiap kali. > Senaman ini menggalakkan peredaran darah ke vagina sekaligus menpercepatkan penyembuhan luka jahitan.

10. Ambil ubat tahan sakit

Jika ibu merasa terlalu sakit, ibu boleh mengambil panadol atau paracetamol untuk mengurangkan rasa sakit.

Semoga bermanfaat.